PKPD di 2 lokaliti di Pahang tamat esok, kata MKN


Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad. berkata penamatan di dua lokaliti itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai situasi semasa. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Oktober, 2021.

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Pahang ditamatkan esok seperti dijadualkan, menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad.

Dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini, beliau berkata PKPD di dua lokaliti itu adalah Kampung Tementong, Mukim Cheka 1 di Lipis yang bermula 16 Sept lepas serta Kampung Orang Asli Kuala Boh, Pos Menson, Mukim Ulu Telom di Cameron Highlands yang bermula 30 September lepas.

Beliau berkata penamatan dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan mengenai situasi semasa. – Bernama, 12 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen