MALAYSIA melaporkan 10,555 kes sembuh Covid-19 berbanding 7,276 jangkitan baharu setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Selama 26 hari berturut-turut, negara secara konsisten melaporkan kes sembuh mengatasi jangkitan baharu.
Setakat ini seramai 2,217,057 orang telah pulih dari Covid-19.
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata kemasukan ICU juga menurun dari 762 semalam kepada 724 hari ini, dan dari jumlah itu, 683 merupakan kes Covid-19, sementara 41 lagi disyaki dan sedang disiasat.
Katanya, 398 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, di mana 101 daripadanya disyaki dan sedang disiasat. – 12 Oktober, 2021.
MENYUSUL

Komen