AHLI Parlimen Bangi Ong Kian Ming hari ini mengesahkan beliau positif Covid-19.
Perkara itu dimaklumkan pembantu pengarah pendidikan DAP itu di Twitter petang tadi.
Menurut hasil ujian saringan Transkripsi Balikan-Tindak balas Berangkai Polimerase (RT-PCR) mendapati beliau positif.
“Saya ke Parlimen selepas makan tengah hari tadi, menjalani ujian kendiri Covid-19 pada pukul 3.30 petang. Disahkan positif sejam kemudian.
“Saya tidak mengalami sebarang simptom dan akan jalani kuarantin di rumah selama 10 hari,” tulisnya.
Menurut Ong, beliau tidak pasti bagaimana boleh dijangkiti Covid-19 kerana telah diuji negatif pada Rabu lepas di Parlimen.– 11 Oktober, 2021.
Komen