NEGARA mula menunjukkan tanda positif apabila kes pulih Covid-19 mengatasi jumlah jangkitan harian buat hari ke-25 berturut-turut, dengan 10,833 orang sembuh dilaporkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Kes sembuh dilaporkan melebihi 6,709 jangkitan baharu, jumlah kes harian terendah sejak Julai lalu.
Justeru, jumlah kes sembuh terkumpul kini sebanyak 2,206,502 sementara beban ditanggung negara kini pada 2,346,303.

Setakat tengah hari ini, terdapat 762 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) di hospital di seluruh negara, di mana 702 pesakit telah disahkan positif Covid-19 manakala 60 pesakit lagi disyaki dijangkiti koronavirus.
Sementara itu, 398 pesakit kini menggunakan alat bantuan pernafasan.
Dr Noor Hisham turut melaporkan sembilan kluster baharu, menjadikan jumlah kluster aktif negara kini sebanyak 794.
Sebahagian besar kes hari ini atau 6,565 berada dalam Kategori 1 (tiada gejala) dan Kategori 2 (gejala ringan) sementara 144 berada dalam Kategori 3, 4 dan 5. – 11 Oktober, 2021.
Komen