Rujuk doktor dulu sebelum ambil dos penggalak, kata pakar


Ragananthini Vethasalam

Kerajaan sebelum ini berkata memberi dos penggalak hanya diberikepada warga emas, individu yang mempunyai sistem imun yang lemah dan komorbiditi serta petugas barisan hadapan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Oktober, 2021.

INDIVIDU berisiko tinggi disarankan supaya mendapatkan nasihat doktor pakar sebelum mengambil dos penggalak vaksin Covid-19, kata pakar kesihatan.

Mereka menyambut baik keputusan kerajaan untuk memberi dos penggalak hanya kepada warga emas, individu yang mempunyai sistem imun yang lemah dan komorbiditi serta petugas barisan hadapan.

Namun, Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Dr Zainal Ariffin Omar menyarankan kumpulan berisiko tinggi terbabit terutama yang menghidap penyakit kronik seperti masalah jantung, buah pinggang dan sistem imun merujuk doktor masing-masing terlebih dahulu sebelum mengambil dos penggalak.

Dr Zainal juga berkata ujian bagi menentukan sama ada tindak balas imun suntikan vaksin sebelum ini sudah berkurang agak mahal.

“Agak mahal dan mungkin tidak berapa tepat kerana perkhidmatan tersebut masih tidak banyak,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Pakar Virologi Dr Chee Hui Yee dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Putra Malaysia mengesyorkan individu yang ingin mengambil dos penggalak supaya menjalani ujian Neutralizing Antibody bagi mengesan kehadiran antibodi peneutralan vaksin dalam tubuh. 

“Kerajaan sendiri pun berkata ia (dos penggalak) untuk mereka yang berisiko tinggi. Jadi, saya rasa kerajaan akan menjalankan pemeriksaan yang sewajarnya sebelum memberi suntikan,” katanya.

Dr Chee bagaimanapun berkata tumpuan kerajaan buat masa ini perlu kepada meningkatkan seramai mungkin jumlah penduduk diberi vaksin Covid-19 sebelum beralih kepada dos penggalak.

“Kita perlu fokus kepada meningkatkan kadar vaksinasi setinggi yang boleh sebelum beri dos penggalak.” – 11 Oktober, 2021. 

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen