India catat 18,132 kes baharu Covid-19


Sebanyak 18,132 kes baharu Covid-19 dicatatkan di India menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 33,971,607 kes hari ini. – Gambar EPA, 11 Oktober, 2021.

ANGKA Covid-19 di India meningkat kepada 33,971,607 kes hari ini dengan 18,132 kes baharu didaftarkan dalam tempoh 24 jam terakhir di seluruh negara.

Ia jumlah kes baharu harian terendah dalam 215 hari terakhir, lapor Xinhua, memetik kenyataan kementerian kesihatan persekutuan.

Selain itu, sebanyak 193 kematian akibat pandemik dilaporkan sejak pagi Ahad menjadikan jumlah kematian 450,782 orang.

Daripada jumlah itu,  85 kematian dilaporkan di Kerala di selatan negara itu, yang masih paling teruk terjejas akibat pandemik COVID-19 di India, diikuti  28 kematian di negeri barat daya Maharashtra.

Masih terdapat 227,347 kes Covid-19 aktif di negara ini berikutan penurunan sebanyak 3,624 kes aktif dalam 24 jam terakhir.

Setakat ini, 33,293,478 pesakit telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital, dengan 21,563 pesakit dibenarkan pulang sepanjang tempoh 24 jam terakhir. – Bernama, 11 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen