NEGARA hari ini melaporkan jangkitan harian Covid-19 paling rendah dalam tempoh lebih tiga bulan dengan 6,709 kes setakat tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Jumlah harian ini terendah sejak 5 Julai yang ketika itu melaporkan sebanyak 6,387 kes.
Kes baharu hari ini menjadikan beban ditanggung negara kini sebanyak 2,346,303.
Maklumat terperinci kes akan dikemas kini di laman web CovidNow Kementerian Kesihatan selepas tengah malam, kata Dr Noor Hisham.
Setakt hari ini kadar vaksinasi populasi Malaysia telah mencapai 90 peratus.
Menurut CovidNow, 21.07 juta populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka sementara 1.11 juta, atau 4.8 peratus, sudah mendapat satu suntikan.
Dari segi keseluruhan populasi seramai 21.30 juta atau 65.2 peratus penduduk negara ini telah melengkapkan vaksinasi, sementara 9.7 peratus atau 3.15 juta telah mendapat satu dos.
Vaksinasi penuh bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah mencapai 231,714 atau 7.4 peratus, sementara 2.04 juta atau 64.8 peratus telah menerima satu suntikan vaksin Covid-19. – 11 Oktober, 2021.
Komen