KKM lapor 64 kematian Covid-19


Ragananthini Vethasalam

Sebanyak 64 kematian baharu Covid-19 dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia semalam yang mana kesemuanya merupakan kes tertunggak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Oktober, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 64 kematian baharu Covid-19 setakat semalam yang mana kesemuanya merupakan kes tertunggak.

Tidak ada kematian berkaitan Covid-19 yang berlaku semalam.

Menurut data dari Git.hub KKM, seramai 14 orang dilaporkan meninggal dunia di luar hospital.

KKM meperoleh angka harian dari jumlah kematian yang dilaporkan dalam sehari termasuk kes tertunggak yang baru disahkan oleh pihak kesihatan selepas menyelesaikan siasatan klinikal mereka.

Dengan angka kematian baharu, jumlah keseluruhan kematian Covid-19 di Malaysia semalam berjumlah 27,329.

Kelantan melaporkan kematian tertinggi dengan 14 kes diikuti oleh Selangor dengan 11 kes.
 
Negeri dan wilayah persekutuan lain yang melaporkan kematian baharu adalah Johor (9), Pahang (2), Perlis (1), Kelantan (14), Pulau Pinang (1), Sabah (7), Kedah (5), Melaka (1) , Sarawak (3), Perak (7) dan Terengganu (3).

Tiada kematian akibat koronavirus dilaporkan di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Purata kematian dalam 14 hari adalah 3.8 kematian setiap 100,000 penduduk dengan Perlis mencatatkan kematian tertinggi dengan 10.2 kematian setiap 100,000 penduduk. – 11 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen