Nasib anak yatim akibat Covid-19 dibela, kata timbalan menteri


Ramai kanak-kanak menjadi yatim atau yatim piatu susulan Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Oktober, 2021.

SERAMAI 4,696 orang anak yatim atau yatim piatu yang kehilangan ibu bapa disebabkan Covid-19 dikenal pasti di seluruh negara setakat September, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Siti Zailah Mohd Yusoff.

Beliau berkata, kementerian itu mengambil inisiatif dan langkah bagi memastikan nasib mereka terbela selain tidak tercicir dari segi pendidikan.

Katanya, pihak kementerian memberi peluang kepada waris dan keluarga terdekat anak yatim terbabit untuk menjaga mereka.

“Namun sekiranya tidak ada waris yang boleh menjaga mereka, kementerian ada 36 institusi kanak-kanak dan daripada jumlah itu tujuh kita khaskan kepada anak-anak yang kehilangan ibu bapa serta tiada waris,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program tinjauan dan pemantauan mengenai penyampaian perkhidmatan kebajikan di Kuala Krai, Kelantan hari ini. – Bernama, 10 Oktober, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen