KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 78 kematian Covid-19 setakat tengah malam tadi, dengan 23 daripadanya berlaku di luar hospital (brought in dead atau BID).
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik kini meningkat kepada 27,191 kes, menurut KKM.
Menerusi data yang dikongsikan di portal GitHub juga menunjukkan hanya dua kematian harian sebenar direkodkan semalam, selebihnya adalah kes tertunggak atau backlog.
Angka kematian harian yang dilaporkan oleh KKM merangkumi jumlah kematian baharu dan kes tertunggak, dengan ada antara mangsa meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Oleh itu, laporan harian mungkin berbeza dari jumlah kematian sebenar yang berlaku dalam sehari.
Johor mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu sebanyak 13 kes, dengan enam daripadanya BID. Hanya satu kes kematian di negeri itu membabitkan individu yang sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19.
Di negeri lain, Sabah dan Sarawak masing-masing merekodkan 12 kematian, Pulau Pinang (10),manakala Kelantan dan Sarawak masing-masing 8 kes.

Data yang dikongsikan di laman web CovidNow pula menunjukkan Malaysia mencatat putara 7.9 kematian per 100,000 sepanjang sejak enam bulan lalu. Selangor mencatat purata tertinggi iaitu 13.9.
Setakat tengah malam tadi juga, sebanyak 125,998 kes aktif dilaporkan, termasuk 792 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 385 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sebanyak 12,724 kes pulih dilaporkan semalam, mengatasi 9,751 kes baharu.
Jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini 2,323,478 juta sejak pandemik melanda awal tahun lalu. – 9 Oktober, 2021.
Komen