9,751 kes baharu Covid-19 hari ini


Ravin Palanisamy

Seramai 89.1% populasi dewasa kini diimunisasi sepenuhnya, dengan 196,647 vaksin diberi semalam di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Oktober, 2021.

MALAYSIA melaporkan kes jangkitan harian Covid-19 bawah angka 10,000 bagi enam hari berturut-turut dengan 9,751 kes baharu setakat tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Selepas 14 hari, Selangor kembali menjadi negeri paling banyak melaporkan kes baharu harian dengan 1,796 kes.

Sarawak, yang terus melaporkan kes jangkitan tertinggi sepanjang tempoh itu berada di tempat kedua dengan 1,339 kes, diikuti Kelantan 1,052 kes.

Lembah Klang terdiri daripada Selangor, Kuala Lumpur (313) dan Putrajaya (45) menjadikan jumlah keseluruhan 2,154 kes atau 22.1% pada hari ini.

Negeri lain yang melaporkan kes baharu Covid-19 ialah Johor dengan 864 kes, Sabah (705), Terengganu (650), Perak (643), Pulau Pinang (632), Kedah (578), Pahang (551), Melaka (244), Negeri Sembilan (243), Perlis (94) dan Labuan (2).

Secara kumulatif mengikut negeri, Selangor mendahului dengan 687,966 kes diikuti Sarawak (222,381) dan Sabah (204,193).

Jangkitan baharu hari ini menjadikan keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 2,323,478.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan berkata 89.1% populasi dewasa kini diimunisasi sepenuhnya, dengan 196,647 vaksin diberi semalam di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19.

Daripada jumlah itu, 108,092 dos pertama dan 88,555 menerima suntikan dos kedua.

Sebanyak 45,204,479 dos vaksin diberikan di bawah program itu yang bermula sejak 24 Februari. – 8 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen