SELEPAS dibanjiri panggilan telefon mengenai jalan berlubang setelah memberikan nombor telefonnya, Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim kini meminta orang ramai menghantarnya SMS.
“Saya tidak dapat menjawab semuanya. Saya minta orang ramai menghantar SMS kepada saya dan saya boleh mengambil tindakan,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Di Dewan Rakyat semalam, Shahidan memberikan nombor telefon bimbit serta wakilnya Jalaluddin Alias dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Mahadi Che Ngah.
Beliau menjawab pertanyaan P. Prabakaran (Batu-PH) mengenai apa yang dilakukan kementerian mengenai jalan berlubang di ibu negara.
“YB (Prabakaran) boleh menghubungi saya di 019-4545111 atau wakil saya di 019-6524444 atau Datuk Bandar KL di 016-2068883,” kata Shahidan.
“Mereka yang datang ke KL dan terjumpa jalan berbahaya boleh menghubungi kami dan kami akan mengambil tindakan dalam masa 24 jam. Kami mahu menjadi yang terbaik untuk Malaysia,” kata ahli Parlimen Arau itu.
Ahli Parlimen lain memujinya kerana memberikan nombor telefonnya kepada orang awam. – 8 Oktober, 2021.
Komen