SEBANYAK 89.1% daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksin Covid-19 setakat tengah malam tadi.
Data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi portal CovidNow menunjukkan sebanyak 196,647 vaksin diberi semalam, melibatkan 108,092 dos pertama dan 88,555 dos kedua.
Setakat semalam juga sebanyak 45,204,479 telah diberi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilancarkan pada 24 Februari.
Ini sekaligus bermakna tinggal 0.9% sahaja lagi sebelum sempadan negeri dibuka.
Pada 22 September lepas, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata aktiviti merentas negeri akan dibenarkan apabila 90% golongan dewasa telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka.
Data CovidNow juga mendedahkan sebanyak 68.5% atau kira-kira 2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 4.7% atau 147,938 orang lengkap suntikan vaksin Covid-19.
KKM mensasarkan 80% remaja lengkap suntikan vaksin Covid-19 pada 2 November. Golongan ini diberi suntikan vaksin jenis Pfizer dan Sinovac.
Pada 22 September lepas, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata aktiviti merentas negeri akan dibenarkan apabila 90% golongan dewasa telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka.
Lembah Klang mencatatkan peratusan vaksinasi lengkap tertinggi iaitu sebanyak 82%, diikuti Negeri Sembilan (71.2%); Labuan (70%); Pulau Pinang dan Sarawak masing-masing 67.7%; Perlis (66.2%); Melaka (64.9%) dan Johor (61.8%). – 8 Oktober, 2021.

Komen