JUMLAH pesakit Covid-19 yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) turun kepada 827 dalam tempoh 24 jam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Semalam Malaysia merekodkan 851 kes manakala pada Selasa sebanyak 867 kes direkodkan.
Beliau berkata daripada jumlah keseluruhan, 782 adalah disahkan Covid-19 manakala 45 adalah kes yang disyaki dan masih di bawah siasatan.
Noor Hisham juga berkata 445 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Katanya daripada jumlah itu, 336 adalah disahkan kes Covid-19 manakala 109 dipercayai dijangkiti virus berkenaan atau masih di bawah siasatan.
Sementara itu terdapat 12,884 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 2,157,565 kes.
9,728 daripada kes jangkitan baharu yang direkodkan hari ini adalah dalam kategori 1 (tidak bergejala) atau kategori 2 (bergejala ringan).
Sementara itu 162 kes direkodkan dalam kategori 3, 4 atau 5.
13 kluster baharu turut direkodkan hari ini yang mana lapan daripadanya berkait tempat kerja, tiga penularan komuniti dan dua dari sektor pendidikan.– 7 Oktober, 2021.
Komen