
PENDUDUK Kuala Lumpur kini boleh menghubungi menteri Wilayah Persekutuan, timbalannya atau datuk bandar sekiranya terdapat jalan berlubang di bandar raya itu.
“YB, boleh hubungi saya di talian 019-4545111 atau timbalan saya di talian 019-6524444 atau datuk bandar KL 016-2068883,” kata Shahidan Kassim pada penggulungan ucapan Rancangan Malaysia ke-12 di Dewan Rakyat hari ini.
“Mereka yang mengunjungi KL dan tersandung di jalan berbahaya boleh menghubungi kami dan kami akan mengambil tindakan dalam masa 24 jam. Kami mahu menjadi yang terbaik untuk Malaysia,” kata ahli Parlimen Arau yang turut mendapat sokongan ahli Parlimen lain.
Timbalan kepada Shahidan adalah Jalaluddin Alias (Jelebu-BN) manakala datuk bandar KL adalah Mahadi Che Ngah.
Shahidan menjawab soalan P. Prabakaran (Batu-PH) yang bertanyakan apa tindakan yang diambil mengenai jalan berlubang di bandar raya.
“Untuk makluman, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan pemantauan keadaan jalan secara berterusan, terutamanya berhampiran tapak pembinaan, jalan utama dan kawasan perniagaan bagi memastikan ia berturap dan diselenggara.
“Selepas mengadakan perbvincangan dengan DBKL dan berdasarkan arahan terbaharu sebarang aduan atau maklumat perli diambil tindakan segera dalam tempoh 24 jam.” – 7 Oktober, 2021.
Komen