9,890 kes jangkitan baharu Covid-19 


Noel Achariam

Malaysia merekodkan 9,890 kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 7 Oktober, 2021.

JUMLAH kes jangkitan baharu Covid-19 terus meningkat selepas 9,890 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. 

Semalam, Malaysia merekodkan 9,380 kes baharu manakala pada Selasa sebanyak 8,817 kes jangkitan direkodkan. 

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan kepada 2,313,727.

Tiga negeri yang merekodkan empat digit kes jangkitan baharu adalah Sarawak (1,413 kes), Selangor (1,402 kes) dan Kelantan (1,032 kes). 

Negeri lain yang turut merekodkan kes Covid-19 hari ini adalah Sabah (820 kes), Johor (993), Kuala Lumpur (250), Kedah (503), Pulau Pinang (721),  Negeri Sembilan (180), Perak (794), Melaka (260), Pahang (564), Terengganu (699), Putrajaya (59), dan Perlis (200). 

Wilayah yang tidak merekodkan kes adalah Labuan. 

Terdahulu hari ini, Kementerian Kesihatan berkata 88.8% populasi dewasa telah menerima vaksin penuh. 

Menurut lawan web CovidNow sebanyak 113,441 dos pertama dan 96,466 dos kedua direkodkan semalam. 

Lebih 45 juta dos vaksin diberikan di bawah kempen vaksinasi yang bermula 24 Februari lalu. – 7 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen