Teresa kok dikecam panggil orang Dungun ‘konservatif’


Ragananthini Vethasalam Chan Kok Leong

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok hari ini berkata Dungun konservatif dan bukan seperti Kuala Lumpur, susulan isu larangan jualan arak di kedai ubat Cina di Wilayah Persekutuan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Oktober, 2021.

TERESA Kok dikecam wakil rakyat PAS hari ini susulan ahli Parlimen Seputeh daripada DAP itu menggelar daerah Dungun sebagai “konservatif” ketika mempersoalkan langkah kerajaan menyekat penjualan alkohol di kedai ubat Cina di Kuala Lumpur.

Kok yang membantah tindakan berkenaan, bercakap selepas Wan Hassan Mohd Ramli (Dungun-PAS), yang meminta Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim menjelaskan mengenai kelewatan dalam menguatkuasakan peraturan itu.

“Ahli Parlimen yang tanya soalan ini dari Dungun. Kuala Lumpur ialah ibu kota Malaysia.

“Ia masyarakat yang pelbagai dan ini adalah wajah Malaysia, dan bukannya masyarakat konservatif seperti Dungun,” kata Kok.

Shahidan terdahulu menjawab soalan Wan Hassan berkenaan Garis Panduan Lesen Menjual Minuman Keras (LMK) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, yang melarang penjualan arak di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina bermula 1 Oktober.

Membalas kepada Kok, Abdul Latiff Abdul Rahman (Kuala Krai-PAS) berkata Dungun juga sebahagian daripada Malaysia.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim (Pendang-PAS) meminta Kok menarik balik komennya yang menghina itu.

Speaker Azhar Azizan Harun bagaimanapun berkata kenyataan Kok itu bukan satu hinaan.

Kok berkata arak dijual di kedai ubat Cina bagi tujuan perubatan dan melarang penjualan itu akan menyebabkan orang ramai membeli alkohol secara atas talian, dan akan menyebabkan jualan secara haram. – 7 Oktober, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen