88.8% populasi dewasa lengkap vaksinasi Covid-19


Sasaran untuk mencapai 90% populasi dewasa lengkap divaksinasi kini tinggal 1.2%. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Oktober, 2021.

SEBANYAK 20,786,568 individu atau 88.8% daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 masing-masing setakat semalam. 

Perkembangan terbaharu itu menjadikan sasaran untuk mencapai 90% populasi dewasa lengkap divaksinasi kini tinggal 1.2%. 

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi portal CovidNow, 94.6% atau 22,135,242 individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada 22 September lepas, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata aktiviti merentas negeri akan dibenarkan apabila 90% golongan dewasa telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka.

Setakat semalam juga, sebanyak 129,152 atau 4.1% remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Selain itu, sebanyak 209,907 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 113,441 dos pertama dan 96,466 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar pada 24 Februari lepas meningkat kepada 45,007,832 dos.

Sementara itu, dua kes kematian harian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan kedua-duanya membabitkan kematian di hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini 26,981. – Bernama, 7 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen