KKM lapor 105 kematian Covid-19


Noel Achariam

Jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik Covid-19 kini meningkat kepada 26,981 orang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Oktober, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) melaporkan 105 kematian akibat Covid-19 setakat tengah malam tadi, dengan 26 daripadanya berlaku di luar hospital (brought in dead atau BID).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik kini meningkat kepada 26,981 kes, menurut KKM.

Menerusi data yang dikongsikan di portal GitHub juga menunjukkan hanya dua kematian harian sebenar direkodkan semalam, selebihnya adalah kes tertunggak atau backlog.

Angka kematian harian yang dilaporkan oleh KKM merangkumi jumlah kematian baharu dan kes tertunggak, dengan ada antara mangsa meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Oleh itu, laporan harian mungkin berbeza dari jumlah kematian sebenar yang berlaku dalam sehari.

Sarawak paling tinggi angka kematian dengan 27 kes, diikuti Sabah (14);  Kelantan (12); Selangor (10), Pulau Pinang (7); Perak (6); Kedah (4); Kuala Lumpur (3); masing-masing dua kes di Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu serta Pahang (1).

Setakat tengah malam tadi juga, 132,175 kes dicatatkan lapor KKM, termasuk 851 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 447 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sebanyak 9,380 lagi kes Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini 2.3 juta sejak pandemik melanda awal tahun lalu. – 7 Oktober, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen