KKM lapor 9,380 kes baharu Covid-19 hari ini


Aminah Farid

Setakat hari ini jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 adalah sebanyak 2,303,837. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Oktober, 2021.

MALAYSIA mencatat 9,380 kes baharu Covid-19 baru dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Angka terbaru ini menyaksikan peningkatan daripada 8,817 kes semalam.

Statistik terkini menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan negara sebanyak 2,303,837.

Empat negeri mencatatkan kes baharu empat angka - Sarawak (1,503 kes), Selangor (1,116), Kelantan (1,170) dan Johor (1,105).

Negeri lain yang melaporkan kes baharu hari ini adalah Sabah (790), Kuala Lumpur (214), Kedah (556), Pulau Pinang (623), Negeri Sembilan (191), Perak (629), Melaka (200), Pahang (511) ), Terengganu (704), Putrajaya (18), Perlis (42), dan Labuan (8).

Statistik vaksinasi terkini menunjukkan Malaysia sudah memberi vaksin lengkap kepada 20.82 juta orang, atau 63.8% daripada populasi.

Ini bermaksud 88.4% populasi dewasa sudah menerima suntikan lengkap dan 94.5% satu dos. 

Turut dilaporkan yang 73.8% populasi sudah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin. – 6 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen