88.4% populasi dewasa lengkap vaksinasi 


Aminah Farid

SEBANYAK 20,819,254 orang, atau 63.8% penduduk dan 88.4% populasi dewasa di Malaysia telah melengkapkan vaksinasi Covid-19, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV). 

Jawatankuasa itu berkata 94.5% daripada populasi dewasa dan 73.8% penduduk telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. 

Sementara itu sebanyak 1.9 juta atau 62.5% remaja menerima satu dos vaksin setakat semalam, manakala 120,402 atau 3.8% telah melengkapkan vaksinasi. 

Menurut laman web CovidNow Kementerian Kesihatan, dianggarkan vaksinasi populasi dewasa akan mencapai 100% menjelang 26 Oktober. 

Lembah Klang merekodkan jumlah vaksinasi tertinggi dengan 81.9% daripada jumlah penduduknya dan 111.8% populasi dewasanya telah divaksin.

Sabah masih merekodkan jumlah vaksinasi terendah. Hanya 62.7% populasi dewasa di negeri itu telah divaksin. 

Manakala 72.7% populasi dewasa menerima satu dos vaksin di Sabah dan hanya 44.5% daripada keseluruhan jumlah penduduk di negferi itu yang sudah divaksin.

Sementara itu 43.79 juta dos vaksin telah diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (pick) dengan 224,034 dos diberikan semalam. 

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata jawatankuasa berkenaan berusaha untuk memberi vaksin kepada 20% lagi populasi dewasa yang masih belum atau enggan divaksinasi. – 6 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen