PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Ladang Bera Selatan 5 dan 7, Bera, Pahang bermula esok hingga 19 Oktober ini.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan berkaitan penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit.
“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook, hari ini.
Beliau juga berkata PKPD di Perumahan Ladang Felda Umas 6, Kalabakan, Sabah dan Kampung Baru Cenderawasih, Pekan, Pahang ditamatkan esok seperti yang dijadualkan. – Bernama, 5 Oktober, 2021.
Komen