NEGARA mencatatkan 851 kes Covid-19 dalam 24 jam terakhir ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata daripada jumlah tersebut, 815 disahkan kes Covid-19, manakala 36 kes disyaki dan masih dalam siasatan.
Dr Noor Hisham berkata, terdapat 395 pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Seramai 332 daripada jumlah pesakit ini disahkan kes Covid-19, sementara 63 orang dipercayai dijangkiti virus atau kes sedang disiasat.

Sementara itu, terdapat 15,615 kes yang sudah sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan 2,131,636 kes.
Sebanyak 8,635 kes hari ini berada dalam Kategori 1 (tiada gejala) atau Kategori 2 (gejala ringan).
Selain itu sebanyak 182 kes berada dalam Kategori 3, 4, atau 5.
Tambah Dr Noor Hisham, 14 kluster baharu dilaporkan hari ini, 10 daripadanya berkait tempat kerja, dua jangkitan komuniti, satu kumpulan berisiko tinggi dan satu sektor pendidikan. – 5 Oktober, 2021.
Komen