Polis bantah pengawal keselamatan pada siasatan Suhakam berhubung kehilangan aktivis


Noel Achariam

Saksi kedua siasatan awam Suhakam, Yousri Khalid dilihat memasuki pejabat Suhakam di mana siasatan awam itu berlangsung hari ini. Polis membantah keterangan Yousri dan mendakwa pengawal keselamatan itu berbohong.– Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 25 Januari, 2018.  

POLIS membantah pengawal keselamatan yang mendakwa menyaksikan penculikan aktivis yang hilang Amri Che Mat, siasatan Suhakam didengar hari ini. 

Ini didedahkan oleh pemerhati polis ACP R. Munusamy yang juga ketua polis daerah Sentul yang mendakwa pengawal keselamatan Yousri Khalid berbohong pada siasatan itu. 

Katanya terdapat percanggahan dalam laporan polis yang dibuat oleh Yousri pada 26 November 2016 pada jam 2.20 pagi di IPD Padang Besar. 

Munusamy berkata, keterangan yang diberi pada siasatan dan laporan polis adalah berbeza.

Beliau berkata dalam keterangan Yousri tiga cermin pada kereta Amri pecah, tiga rakan setugasnya ada bersamanya dan dua anggota polis (hadir pada lokasi) ketika dia memeriksa kenderaan yang ditinggalkan itu. 

“Dalam laporan polis dinyatakan dua cermin pecah dan tiada nama tiga pengawal keselamatan lain dan polis.”

Munusamy bertanya Yousri sama ada laporan polis yang dibuat itu betul atau tidak. 

Yousri berkata laporan itu tidak benar, kerana terdapat maklumat yang beliau maklumkan kepada polis hilang dalam laporan. 

Munusamy bertanya sama ada dia menipu, yang mana Yousri mengakui dia menipu, tetapi mengulangi beberapa bahagian dalam laporan yang dibuatnya telah hilang. 

Dia kemudiannya menjelaskan kepada panel bahawa laporan itu tidak boleh diubah.

“Sekiranya terdapat apa-apa pindaan, laporan polis baru perlu dibuat dengan nombor siri baru.”

Pesuruhjaya Mah Weng Kwai kemudiannya masuk campur kerana Yousri dilihat seperti keliru dengan soalan. 

Mah kemudiannya menjelaskan kepada Yousri bahawa soalan itu bertanyakan sama ada Yousri menipu tetapi laporan polis tidak lengkap dan kandungannya tidak benar dan justeru ia adalah satu penipuan.

Yousri berkata dia bersetuju laporan polis itu tidak lengkap. 

Katanya, apa yang ditulis pada hari laporan itu dibuat adalah tidak sama dengan yang dia perolehi sebelum hadir pada siasatan itu. 

Yousri berkata dia membeli salinan laporan polis itu kerana majikannya menghilangkan salinan asal. 

Yousri dan tiga pengawal keselamatan lain yang bekerja di tapak pembinaan bersebelahan sekolah terbiar di mana kereta Amri ditemui mendakwa melihat sebuah trak pikap meninggalkan kawasan tu pada malam penculikannya. 

Pesuruhjaya Aishah Bidin kemudian bertanya Yousri sekiranya dia kepenatan pada hari laporan polis dibuat kerana perlu berulang alik ke balai polis. 

“Kamu sudah bekerja seharian, dan adakah boleh jadi kamu kepenatan ketika mereka ambil keterangan kamu jam 4 pagi, dan kamu tertinggal beberapa bahagian?”

Yousri berkata dia dipanggil semula oleh polis untuk diambil keterangan dan bersetuju bahawa ia mungkin berlaku. 

Amri diculik 550 meter daripada kediamannya di Padang Behor, Kangar. Polis kemudian menemui keretanya di Bukit Chabang. 

Amri, 43 tahun, yang juga sebahagian daripada pasukan ekspedisi Gunung Everest pada 1997, dilaporkan memberitahu anak perempuan sulungnya yang dia mahu keluar pada malam kehilangannya. Dia mempunyai emoat anak perempuan berusia antara 10 dan 19 tahun. 

Isteri Amri, Norhayati Ariffin dalam laporan polisnya berkata, terdapat kereta dan motosikal yang tidak dikenali diletakkan berhampiran kediaman mereka pada hari suaminya hilang. 

Siasatan awam itu dipengerusikan pesuruhjaya Mah Weng Kwai, Aishah Bidin dan Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh.

Panel itu ditubuhkan bagi menentukan sama ada penculikan Koh dan Amri dan dua yang lain - Joshua dan Ruth Hilmy - pada 2016 adalah kes kehilangan paksa yang dibuat oleh kerajaan negeri. – 25 Januari, 2018.

 
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen