MALAYSIA mencatatkan 118 kematian semalam menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 26,683 kes setakat tengah malam semalam.
Menurut data dari GitHub Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 27 daripada 118 kematian diklasifikasikan sebagai meninggal dunia di luar hospital. Jumlah kematian yang dicatatkan dalam kategori itu kini berjumlah 5,367.
Sementara itu, hanya dua kematian yang dilaporkan berlaku semalam sementara 116 yang lain adalah kes tertunggak yang sebelum ini tidak dilaporkan.
Angka tersebut adalah jumlah keseluruhan kematian yang berlaku pada hari berkenaan ditambah dengan laporan kematian atau kematian yang baru sahaja disahkan oleh KKM kerana Covid-19 setelah siasatan selesai.
Sebilangan besar kematian dicatatkan di Perak dengan 26 kematian, diikuti Sabah dan Pulau Pinang (masing-masing 14), Kedah (13), Sarawak (12), Kelantan
Tidak ada kematian yang dilaporkan di Putrajaya.
Sehingga tengah malam, terdapat 150,317 kes aktif termasuk 860 di unit rawatan rapi (ICU) di mana 478 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Malaysia mencatatkan 9,066 jangkitan baharu semlaam setelah hampir tiga bulan merekodkan lima angka kes baharu Covid-19 dalam tempoh sehari.
Kali terakhir negara melaporkan angka tersebut adalah 82 hari yang lalu pada 12 Julai apabila 8,574 kes direkodkan. – 4 Oktober, 2021.

Komen