2 lokaliti di Perak, Sabah dikenakan PKPD


PKPD di Kampung Orang Asli Ulu Pareh, Bentong, Pahang dilanjutkan sehingga 17 Oktober. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Oktober, 2021.

DUA lokaliti masing-masing satu di Perak dan Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula esok dan Isnin ini, kata Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Rodzi Md Saad.

Dalam kenyataan di laman Facebook, beliau berkata, lokaliti yang dikenakan PKPD di Perak adalah Kampung Orang Asli Chadak, Tanjung Rambutan bermula esok hingga 16 Oktober, manakala di Sabah membabitkan Kampung Mokodou, Ranau mulai Isnin hingga 17 Oktober.

Selain itu, PKPD di Kampung Orang Asli Ulu Pareh, Bentong, Pahang yang dijadual tamat esok dilanjutkan sehingga 17 Oktober selepas meneliti analisis Kementerian Kesihatan mengenai risiko dan trend penularan jangkitan Covid-19 semasa di lokaliti itu.

Sementara itu, PKPD di Pasdec Bandar Damansara, Kuantan, Pahang ditamatkan hari ini manakala PKPD di Kampung Tamu Darat, Kota Belud, Sabah yang bermula sejak 20 September lalu ditamatkan esok.

PKPD di empat lokaliti di Pahang turut ditamatkan esok iaitu Kampung Sungai Kabuk, Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Chohong, kesemuanya di Lembah Bertam, Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands serta Kampung Orang Asli Sungai Koi, Hulu Cheka, Jerantut. – Bernama, 2 Oktober, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen