Korban Covid-19 di AS lepasi 700,000 orang


Sehingga 01:00 GMT pada Sabtu, data menunjukkan 700,258 orang Amerika maut dan lebih 43.61 juta telah dijangkiti. – Gambar AFP, 2 Oktober, 2021.

ANGKA korban Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi 700,000, menurut data Universiti Johns Hopkins.

Sehingga 01:00 GMT pada Sabtu, data menunjukkan 700,258 orang Amerika maut dan lebih 43.61 juta telah dijangkiti, lapor Sputnik.

Wabak flu (selesema) Sepanyol dari tahun 1918 hingga 1919 telah mengorbankan kira-kira 675,000 orang di AS, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Penyelidik di Universiti Washington meramalkan 100,000 lagi nyawa rakyat Amerika akan menjadi korban pada musim sejuk akan datang.  – Bernama, 2 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen