KUMPULAN ibu bapa meminta guru anti vaksin Covid-19 untuk “meletak jawatan secara terhormat” dan menjadi pengajar tuisyen dalam talian, lapor New Straits Times.
Presiden Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan (Page) Noor Azimah Abdul Rahim dipetik sebagai berkata yang mengajar tuisyen dalam talian boleh menjadi kerjaya lumayan jika guru tersebut berkemahiran.
Azizah mengulas arahan dikeluarkan Jabatan Perhidmatan Awam (JPA) yang mewajibkan semua penjawat awam termasuk guru untuk divaksin penuh.
Beliau turut mencadangkan guru anti vaksin, bergantung kepada umur mereka boleh memilih untuk bersara awal dan keluar daripada perkhidmatan awam.
Menteri Pendidikan Radzi Jidin bulan lepas berkata dianggarkan 2,000 orang guru enggan divaksin.
Pekeliling dikeluarkan JPA turut menyatakan tindakan akan diambil kepada penjawat awam yang enggan divaksin kerana melanggar Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Penjawat Awam 1993.
Bagaimanapun, pengecualian akan diberikan kepada penjawat awam yang tidak boleh divaksin kerana masalah kesihatan.
Bagi kumpulan ini, mereka perlu menghantar dokumen disahkan pegawai perubatan kerajaan kepada ketua jabatan masing-masing.
Kementerian Pendidikan sebelum ini memberi amaran kepada guru yang enggan divaksin bakal berdepan arahan pemindahan sekolah. – 2 Oktober, 2021.
Komen