SARAWAK terus mencatatkan jumlah jangkitan harian Covid-19 tertinggi dengan 2,413 kes dilaporkan daripada jumlah keseluruhan 11,889 kes baharu hari ini,
Kes baharu menjadikan jumlah jangkitan Covid-19 keseluruhan negara sebanyak 2,257,584.
Negeri dan wilayah persekutuan lain yang melaporkan kes baharu hari ini adalah Selangor (1,568), Sabah (872), Johor (1,217), Kuala Lumpur, (289), Kedah (710), Pulau Pinang (779), Kelantan (858), Perak (959), Negeri Sembilan (197), Pahang (831), Melaka (378), Terengganu (699), Perlis (81), Putrajaya (36) dan Labuan (2).
Mengenai vaksinasi, kira-kira 20.25 juta orang atau 62% penduduk di Malaysia sudah diberi vaksin Covid-19 sepenuhnya setakat semalam, kata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
Ini juga bermakna bahawa sebanyak 86.3% populasi dewasa sudah selesai melengkapkan vaksinasi Covid-19 mereka.
Sementara itu, 23.54 juta atau 72.1% populasi umum dan 94.2% sudah menerima sekurang-kurangnya satu daripada dua dos vaksin Covid-19.
Lebih 43.69 juta dos vaksin Covid-19 diberikan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dimulakan pada 24 Februari dengan 329,163 dos dikeluarkan setakat semalam. – 1 Oktober, 2021.

Komen