17,000 kes sembuh Covid-19 hari ini, kata KP kesihatan


Sebanyak 17,000 kes Covid-19 yang sembuh direkodkan hari ini berbanding 12,735 kes jangkitan baharu setakat tengah hari tadi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 September, 2021.

MALAYSIA merekodkan 17,000 kes Covid-19 yang sembuh hari ini berbanding 12,735 kes jangkitan baharu setakat tengah hari tadi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Angka terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif sembuh Covid-19 kepada 2,054,824 pesakit.

Dr Noor Hisham berkata 12,515 daripada 12,735 kes baharu adalah dalam Kategori 1 dan 2, bergejala sederhana. Hanya 220 atau 1.7% daripada kes baharu dalam Kategori 3, 4 dan 5.

Beliau berkata jumlah pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) menunjukkan penurunan daripada 979 semalam kepada 924 pesakit hari ini. – 30 September, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen