Hanya 15 kes baharu di Sarawak libatkan jangkitan paru-paru


Jumlah kumulatif kes Covid-19 di Sarawak kini 209,624 selepas 2,487 kes positif dilaporkan di Sarawak hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 September, 2021.

HANYA 15 daripada 2,487 kes positif Covid-19 di Sarawak hari ini melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), baki 2,472 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri ini kepada 209,624.

Sebanyak 15 kes kematian direkodkan di Sarawak dari 21 hingga 29 Sept.

“Selain itu, terdapat satu kluster komuniti diisytihar hari ini iaitu Kluster Batu 8 Jalan Kubong yang melibatkan penduduk sebuah rumah panjang di Batu 8, Jalan Kubong, Ulu Pandaruan, Limbang.

“Untuk kluster itu, seramai 18 individu didapati positif termasuk kes indeks hasil saringan 229 individu,” katanya. – Bernama, 30 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen