Aktivis bimbang cadangan Putrajaya larang transgender masuk masjid


Aminah Farid

Nisha Ayub berkata larangan transgender memasuki masjid hanya akan menambah prejudis yang sekian lama dihadapi mereka. – Gambar The Malaysian Insight, 29 September, 2021.

BERITA yang Putrajaya sedang mempertimbangkan larangan transgender memasuki masjid di Wilayah Persekutuan menunjukkan sikap toleransi agama dan stigma terhadap minoriti seksual yang buruk, kata aktivis transgender dan kumpulan hak asasi.

Aktivis, Nisha Ayub berkata rancangan seperti itu hanya akan menambah prejudis terhadap transgender yang sekian lama dihadapi mereka.

“Kami melihat penyebaran ucapan kebencian, penindasan dan anti-transgender yang kuat di media sosial,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Melarang transgender beragama Islam daripada memasuki masjid akan melanggar hak sebagai individu untuk mengamalkan agama mereka, tambahnya.

“Ini memang sangat membimbangkan seperti usaha untuk mengasingkan, mendiskriminasi dan menjadikan komuniti itu sebagai jenayah semakin meningkat,” katanya.

Minggu lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ugama) Ahmad Marzuk Shaary berkata kerajaan sedang meneliti untuk mencontohi Perlis yang melarang individu transgender memasuki masjid di Wilayah Persekutuan.

Katanya, tindakan pihak berkuasa agama Perlis sesuai untuk menjaga kesucian masjid dan mencegah kekeliruan di kalangan masyarakat.

Bagaimanapun, Marzuk berkata setakat ini, jabatan itu belum menerima maklumat atau laporan mengenai kehadiran transgender di masjid. – 29 September, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen