Bas uzur punca Rapid Bus rugi, kata ketua audit


Chan Kok Leong Ragananthini Vethasalam Noel Achariam Diyana Ibrahim

Kira-kira 62% bas milik Rapid Bus sudah berusia lebih 8 tahun dan menyebabkan kos selenggara lebih tinggi kerana kerosakan dan alat ganti yang mahal. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 September, 2021.

BAS milik Rapid Bus Sdn Bhd yang sudah uzur menelan menyebabkan kerajaan mengalami kerugian, menurut ketua audit negara dalam laporan terbaharunya.

Menurut laporannya, kira-kira 62% bas sudah berusia lebih lapan tahun dan menyebabkan kos penyelenggaraan lebih tinggi disebabkan kerosakan dan alat ganti yang mahal.

Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 2 juga mendapati tambang bas tidak dikaji semula sejak lebih 10 tahun yang mengakibatkan pendapatan lebih rendah.

Rapid Bus Sdn Bhd, dimiliki oleh Prasarana Malaysia Bhd, yang seterusnya dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.

Laporan tersebut berkata bas Mercedes MBM berusia 13 tahun terpaksa menjalani servis sebanyak 360 kali dengan kos RM196,987.

Kos penyelenggaraan dan membaiki meningkat kepada RM38.66 juta pada 2019 berbanding RM 9.64 juta pada 2018.

Kos membaiki yang dilakukan oleh penyedia perkhidmatan luar juga meningkat dari RM13,915 pada 2018 kepada RM80,095 pada 2019 dan akhirnya sebanyak RM130,019 pada 2020.

Laporan itu juga mendapati 13 alat ganti bernilai RM1.54 juta sudah lama sementara 12 alat ganti bernilai RM281,583 tidak lagi berfungsi.

Kos alat ganti juga meningkat dari RM46.81 juta pada 2018 kepada RM57.26 juta pada 2019 dan seterusnya kepada RM62.16 juta pada 2020.

Menurut laporan itu, kos operasi syarikat antara 2017 hingga 2020, berjumlah RM1.709 bilion berbanding dengan pendapatannya yang hanya RM826.98 juta. – 28 September, 2021.

Berita selanjutnya di sini



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen