Cari cara baru agih ekonomi dengan adil, kata Anwar


Diyana Ibrahim Ragananthini Vethasalam Chan Kok Leong Noel Achariam

KERAJAAN harus mengambil pendekatan baru untuk mengagihkan ekonomi lebih adil dan sama rata dan bukannya terperangkap dalam kaedah lama isu pegangan ekuiti Bumiputera, kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Dasar kerajaan dalam isu pemilikan pegangan ekuiti Bumiputera pada masa ini mempunyai kelemahan kerana hanya menguntungkan mereka yang mempunyai pengaruh, katanya.

“Ada dua ketempangan iaitu pertama, beri kepada orang yang tidak ada kelayakan dan keupayaan semata-mata kerana ada pengaruh dan kedudukan dalam poltik, dan kedua, secara tidak sedar kita sudah menafikan hak orang lain,” katannya ketika membahaskan Pelan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.

Anwar mengimbau pengalamannya semasa jadi mahasiswa berdialog dengan Perdana Menteri kedua Abdul Razak Hussein. 

“Beliau sebut kita akan buat apa saja untuk bantu Melayu dan Bumiputera, naikkan darjat mereka tapi kita tak halang atau rampas hak rakyat lain.

“Itu pelaksanaannya, kemudiannya yang jadi itu cerita lain,” tambah presiden PKR.

Anwar mengulas pertanyaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar-Bebas) yang bertanya pandangannya mengenai keputusan kerajaan untuk membantu menaikkan pemilikan ekuiti Bumiputera dengan mengambil kuota daripada bukan Bumiputera.

Syed Saddiq turut mempersoalkan bagaimana dasar itu dapat membantu golongan susah seperti nelayan, petani dan penjaja.

Beliau mendakwa dasar itu juga hanya membantu dan menguntungkan kroni dan golongan elit, yang amalan itu diteruskan oleh kerajaan Perikatan Nasional yang rakus membuat lantikan politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan.

Selain itu, Syed Saddiq turut mengkritik keadilan untuk golongan bukan Bumiputera  kerana pengecualian dasar pro-Bumiputera diberikan kepada syarikat asing.

“Mana keadilannya, kerana kita lebih pentingkan warga asing dari rakyat Malaysia sendiri kerana sebab mereka tidak dilahirkan sebagai bangsa Melayu dan beragama Islam,” kata ahli Parlimen itu.

Semalam Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata di Dewan Rakyat ketika membentangkan pelan  RMK12 pemilikan ekuiti korporat masih belum mencapai sasaran minimum 30% di negara ini.

Sehingga 2019, saham Bumiputera hanya 17.2%, dengan bukan Bumiputera memiliki 25% sementara 45.5% dipegang oleh entiti asing dan 12.3% adalah “saham nominee”, kata perdana menteri.

Ismail Sabri berkata untuk itu jaringan keselamatan baru akan diperkenalkan di bawah RMK12 bagi memastikan kelangsungan pemilikan ekuiti Bumiputera.

Jelasnya ini adalah untuk membolehkan penjualan saham atau syarikat bumiputera hanya ditawarkan kepada konsortium, syarikat atau individu Bumiputera lain. – 28 September, 2021.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Syed Sadidq jangan cakap kosong untuk memperjuangkan cina dan Tamil sahaja. Sektor freight forwarding adalah sektor sendiri. Sektor perikanan sektor lain. Ini kerajaan Melayu mestilah perbaiki seperti dalam manifesto mereka. Pergilah dengar Kongres Ekonomi Melayu supaya tahu fakta. Zafrul telah menambah 22 SPECIAL DRAW judi untuk orang cina. Sektor ladang babi 100% untuk Cina. Sektor judi 100% untuk cina. Sektor minuman keras 100% untuk bukan bumi. Shared Prosperity adalah manifesto PN dan setelah diberi mandat maka kenalah kerajaan tunaikan. Saddiq juga belajar kira, penduduk bumi 70% hanya mendapat 51% adalah tidak adil dan saksama. Sepatutnya orang cina cuma dapat 20% bukan 49%. Adakah adil 20% penduduk mendapat 49% kekayaan? Sedangkan ini bukan hak orang cina. Orang Melayu telah lama berdagang zaman Melaka. Ini hak tanah melayu. Ini bermakna mereka akan menjadi kaya 200% sednagkan yang 70% yg berkongsi 51% jauh ketinggalan mengikut nisbah.
    Nelayan akan ditolong supaya perikanan, 70% dikerjakan oleh orang melayu. Ini HAK Melayu Begitu juga perladangan, padi. Ini HAK MELAYU di Tanah Melayu.

    Dimuat naik 2 tahun yang lalu oleh Shirap Kelisa · Ulasan