Ramai pulih, penurunan kes Covid-19 di ICU petanda positif, kata Noor Hisham


Ravin Palanisamy

Penurunan kes baharu Covid-19 dan lebih ramai yang pulih memberi petanda baik menjelang negara menuju fasa endemik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 September, 2021.

PROGRES Malaysia menuju fasa endemik dilihat  memberangsangkan dengan petunjuk utama Covid-19 memperlihatkan petanda baik.

Pertama, jumlah pemulihan Covid-19 negara terus melebihi jumlah kes baharu bagi hari ke-11 berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata Malaysia melaporkan 16,430 pemulihan berbanding 10,959 kes baharu.

Kes baharu yang dilaporkan hari ini adalah yang paling rendah sejak 12 Julai.

Sementara itu, jumlah kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun kepada tiga digit hari ini berbanding 1,058 semalam.

Noor Hisham berkata hanya 205 atau 1.9% kes yang dilaporkan hari ini berada pada tahap lebih serius iaitu Kategori 3, 4 dan 5, sementara 10,754 atau 98.1% daripadanya bagi Kategori 1 dan 2 yang kurang teruk, tiada gejala atau ringan.

Ketua pengarah kesihatan berkata 980 pesakit dirawat di ICU, 862 pesakit disahkan kes Covid-19 sementara 118 kes disyaki dan kes dalam siasatan.

Beliau menambah 579 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan, menyaksikan satu kes penurunan daripada 580 semalam.

Daripada jumlah itu, 378 disahkan Covid-10 sementara 201 disyaki, berkemungkinan dan kes dalam siasatan.

Selain itu, Noor Hisham berkata 19 kluster baharu Covid-19 dilaporkan mulai tengah hari ini, yang menyumbang sebanyak 332 kes.

Beliau berkata daripada 19 kluster baharu, 9 berkaitan tempat kerja (190 kes), 8 penularan komuniti (115 kes), 1 melibatkan kumpulan berisiko tinggi (13 kes) dan 1 kluster pusat tahanan (14 kes).

Noor Hisham berkata Kelantan menyumbang jumlah kluster paling banyak hari ini sebanyak 8 dan 7 daripadanya adalah penularan komuniti dan 1 berkaitan tempat kerja.

Negeri lain yang melaporkan kluster baharu adalah Johor (3), Perak dan Sarawak (masing-masing 2), dan Kuala Lumpur, Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing 1).

Ini menjadikan jumlah kluster yang dilaporkan di Malaysia kepada 5,432, dengan 1,165 masih aktif sementara 4,267 sudah diisytiharkan tamat. – 27 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen