SEBANYAK 19,633,681 juta atau 60.1% daripada jumlah penduduk di negara ini melengkapkan vaksin Covid-19 setakat semalam, kata Kementerian Kesihatan.
Menurut laman web CovidNow, jumlah keseluruhan itu termasuk 19,604,699 dewasa dan 28,982 remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun.
Sementara itu 22.83 juta orang telah menerima dos pertama vaksin atau 93.7% daripada penduduk dewasa dan 69.9 % daripada keseluruhan populasi.
Sebanyak 269,465 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), yang mana 117,196 adalah dos pertama dan 152,269 melengkapkan vaksinasi mereka.
Secara keseluruhannya sebanyak 42,375,862 dos vaksin diberikan sejak PICK bermula pada 24 Februari.
Lembah Klang merekodkan kadar vaksinasi tertinggi iaitu 80.2% daripada keseluruhan populasi dan 109.4% penduduk dewasa telak divaksin sepenuhnya.
Apabila sesuatu kawasan mencatatkan kadar vaksinasi lebih dari 100%, ini bererti perubahan dalam ukuran populasi belum direkodkan oleh Jabatan Perangkaan sejak bancian terakhir dilakukan. Ini juga merangkumi penduduk tanpa dokumen.
Sabah merekdokan kadar vaksinasi terendah dengan hanya 41.5% daripada keseluruhan penduduk dan 58.7% penduduk dewasa melengkapkan vaksinasi mereka.
Sementara itu, 28.2% remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 manakala 0.9% lengkap vaksinasi sejak program vaksinasi untuk kumpulan itu bermula pada 8 September.
Kumpulan berkenaan diberikan dua dos vaksin Pfizer.– 27 September, 2021.
Komen