278 kes kematian Covid-19, 99 direkod semalam 


Ravin Palanisamy

Purata kes kematian Covid-19 seluruh negara adalah 5.6 kematian bagi setiap 100,000 penduduk.– Gambar fail The Malaysian Insight, 27 September, 2021.

JUMLAH kes kematian Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 25,437 selepas 278 kes kematian direkodkan tengah malam tadi, kata Kementerian Kesihatan.

Menurut data GitHub Kementerian Kesihatan, 99 mangsa meninggal dunia semalam, manakala bakinya adalah kes tertunggak yang tidak dilaporkan sebelum ini.

179 kes kematian tertunggak tidak bertarikh dan akan dikesan ke tarikh sebenar mangsa disahkan mati.

Angka kematian harian yang dilaporkan oleh kementerian sekarang adalah jumlah kematian yang berlaku pada hari itu ditambah dengan laporan kematian, atau kematian yang baru saja disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan setelah siasatan klinikal selesai.

Oleh itu, laporan harian mungkin berbeza dari jumlah kematian sebenar yang berlaku dalam sehari semasa tunggakan diselesaikan.

Menurut data berkenaan, tiga individu disahkan sebagai kematian luar hospital.

Data turut menunjukkan dua daripada 278 mangsa mempunyai sejarah vaksinasi, yang mana seorang daripadanya menerima satu dos manakala seorang lagi lengkap vaksinasi. Kedua-dua mangsa dari Kedah.

Selangor merekodkan jumlah kes kematian tertinggi dengan 113 kes. 51 kes kematian adalah pada 26 September.

Negeri lain yang turut merekodkan kes kematian baharu adalah Johor (32), Pulau Pinang (31), Kedah (27), Sabah (22), Kuala Lumpur (12), Kelantan dan Sarawak ( masing-masing 11), Perak dan Terengganu (masing-masing 5), Melaka dan Pahang (masing-masing 4) dan Negeri Sembilan (1).

Sementara itu tiada kematian direkodkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Selain 51 kes kematian sebenar di Selangor, Sabah merekodkan 15 kes, Pulau Pinang (8), Johor dan Kuala Lumpur (masing- masing 7), Sarawak (5), Kelantan (2), Kedah, Pahang, Perak dan Terengganu (masing-masing 1) semalam.

Sementara itu dia daripada tiga kes kematian luar hospital direkodkan di Kedah manakala selebihnya di Terengganu.

Purata kes seluruh negara adalah 5.6 kematian bagi setiap 100,000 penduduk dengan Pulau Pinang merekodkan purata tertinggi iaitu 14.8 kematian bagi setiap 100,000 penduduk.

Purata tujuh hari kes kematian sebenar adalah 90 kes.

Jumlah keseluruhan kes aktif Covid-19 di negara ini menurun kepada 183,289 selepas Malaysia merekodkan 20,971 kes sembuh berbanding 13,104 kes jangkitan baharu.

Bagi pecahan kes aktif menurut laman web CovidNow, 152,299 pesakit atau 83.1% dikuarantin di rumah, 20,147 (11%) di pusat kuarantin berisiko rendah dan 9,793 (5.3%) di hospital.

Daripada jumlah yang dimasukkan ke hospital, 1,050 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 582 memerlukan alat bantuan pernafasan. – 27 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen