KEMASUKAN kes aktif Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun kepada 1,058 berbanding 1,071 pada semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan hari ini.
Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 850 disahkan kes Covid-19 sementara 208 kes lagi disyaki, dan sedang disiasat.
Beliau berkata, 580 daripada jumlah itu menggunakan ventilator dengan 365 disahkan Covid-19 sementara 215 lagi disyaki.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, kes sembuh terus melebihi jumlah jangkitan baharu setelah Kementerian Kesihatan melaporkan 20,971 orang pulih berbanding 13,104 jangkitan baharu Covid-19.
Tambahnya, cuma lapan daripada jangkitan baharu dilaporkan hari ini melibatkan kes import.
Dr Noor Hisham berkata, sebahagian besar kes hari ini atau 12,903 orang berada dalam Kategori 1 (tidak bergejala) atau Kategori 2 (gejala ringan) sementara 201 berada dalam Kategori 3, 4, atau 5, katanya.
Beliau turut melaporkan 12 kluster baharu hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif di Malaysia kini 1,185. – 26 September, 2021.

Komen