13,104 kes baharu Covid-19, paling rendah sejak 22 Julai


Ragananthini Vethasalam

Malaysia hari ini melaporkan jangkitan baharu Covid-19 paling rendah dalam tempoh 66 hari iaitu sebanyak 13,104. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 September, 2021.

MALAYSIA melaporkan 13,104 jangkitan Covid-19 hari ini, paling rendah sejak 22 Julai, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada 22 Julai lalu, negara mencatatkan 13,034 kes.

Dr Noor Hisham berkata, dengan jumlah hari ini, beban jangkitan ditanggung Malaysia kini sebanyak 2,198,235.

Sarawak terus mencatat jumlah jangkitan tertinggi dengan 2,943 diikuti Selangor dengan 1,558 kes.

Tiga negeri lain yang turut melaporkan lebih dari seribu kes ialah Sabah (1,078), Johor (1,455) dan Kelantan (1,206).

Negeri dan wilayah persekutuan lain yang melaporkan jangkitan baharu ialah Kuala Lumpur dengan 270 kes, Kedah (721), Pulau Pinang (955), Perak (994), Negeri Sembilan (165), Pahang (604), Melaka (362), Terengganu (685), Perlis (80), Putrajaya (24) dan Labuan (4).

Dalam pada itu, seramai 19.48 juta orang atau 83.1% populasi dewasa dan 59.7% keseluruhan penduduk di Malaysia telah lengkap vaksinasi terhadap Covid-19.

Sementara itu, 22.71 juta orang telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin dua dos. Ini bersamaan dengan 93.7% penduduk dewasa dan 69.6% daripada keseluruhan populasi. – 26 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen