China lulus projek laluan kapal muatan 250,000 tan


Pembinaan projek itu dimulakan pada Disember 2017 dengan menelan kos RMB1.69 bilion. – Gambar EPA, 25 September, 2021.

PROJEK laluan kapal dengan kapasiti muatan 250,000 tan di kawasan Jingtang, Pelabuhan Tangshan yang pertama seumpamanya di wilayah Hebei sudah mendapat kelulusan.

Kelulusan itu membolehkan kapasiti kawasan Pelabuhan Tangshan melonjak ke tahap baharu dan menjadi pelabuhan pesisir pantai kedua terbesar dunia dengan jumlah pemunggahan dan pemuatan tahunan melebihi 700 juta tan.

Difahamkan, pembinaan projek itu dimulakan pada Disember 2017 dengan menelan kos RMB1.69 bilion (RM1.06 bilion).

Laluan itu memenuhi keperluan pelayaran sehala kapal kargo di samping meningkatkan keselamatan pengangkutan dan pelayaran kapal di kawasan pelabuhan.

Projek itu adalah kejayaan besar dalam bidang teknologi pembinaan pelabuhan di Negara Tembok Besar itu. – Bernama, 25 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen