TIDAK ada peningkatan yang ketara dalam penerimaan semula ke unit rawatan rapi (ICU) dalam kalangan pesakit Long Covid dalam dua minggu terakhir, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau bagaimanapun berkata bahawa ada pesakit yang kembali ke hospital selepas keluar dan dirawat berdasarkan gejala serta tanda Long Covid.
“Bagi kes kematian, tidak ada klasifikasi khusus untuk kes Long Covid kerana kematian dicatatkan berdasarkan penyebab kematian.
“Beberapa kajian sedang dilakukan bagi mengetahui lebih lanjut berkenaan masalah ini dan hasil kajian akan diumumkan apabila kajian ini selesai,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Khairy berkata, berdasarkan pemantauan pesakit dengan gejala Long Covid, lima gejala utama yang sering dialami adalah kelesuan (79.2%), kesukaran bernafas ketika melakukan aktiviti tertentu (52.6%), batuk (17.2%), sukar tidur (14.6%) dan kegelisahan (10.6%).
Long Covid adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana beberapa pesakit mempunyai masalah jangka panjang selepas pulih dari jangkitan asal. – 24 September, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen