Mahkamah tolak permohonan Rosmah gugur Sri Ram, batal bicara


Ravin Palanisamy

Rosmah Mansor mohon menggugurkan Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwa raya dan membatalkan perbicaraan kes rasuah berhubung projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion terhadapnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 September, 2021.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Rosmah Mansor untuk menggugurkan Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwa raya dan membatalkan perbicaraan kes rasuah berhubung projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion terhadapnya.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan berkata pelantikan Sri Ram adalah sah dibuat mengikut Seksyen 376, 377, 378 dan 379 Kanun Prosedur Jenayah oleh peguam negara Tommy Thomas pada masa itu iaitu 2018.

“Saya melihat semua peruntukan dalam cara yang holistik dan mendapati pelantikan itu sah,” kata hakim.

Hakim turut menerima hujahan alternatif bahawa surat pelantikan dengan undur tarikh dikeluarkan Peguam Negara Idrus Harun untuk Sri Ram pada 21 Mei lalu, dapat menutup sebarang kecacatan dalam pelantikan dibuat Thomas.

Beliau berkata ini kerana Seksyen 50 (b) Akta Tafsiran 1948/1967 membenarkan pihak berkuasa membuat pelantikan dengan kesan retrospektif. – 24 September, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen