JUMLAH pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) terus berkurang, dengan 1,107 kes dilaporkan hari ini berbanding 1,115 semalam, kata ketua pengarah kesihatan.
Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah tersebut 868 adalah kes yang disahkan Covid-19, manakala 239 lagi merupakan kes dalam siasatan.
Daripada 1,107 kes di ICU hari ini juga, 613 memerlukan bantuan alat pernafasan, di mana 387 kes disahkan Covid-19 sementara 226 kes kes dalam siasatan, katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, seramai 16,628 pesakit disahkan sembuh sepenuhnya hari ini, mengatasi 13,754 kes baharu.
Dr Noor Hisham berkata 13,521 kes atau 98.3% kes baharu hari ini terdiri daripada kategori 1 (tidak bergejala) dan kategori 2 (bergejala ringan), manakala 233 kes atau 1.7% adalah kategori 3, 4, dan 5.
Beliau juga melaporkan 15 kluster baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah kluster aktif kini 1,268. – 23 September, 2021.

Komen