13,754 kes baharu Covid-19 hari ini, kata KP kesihatan


Ragananthini Vethasalam

Jumlah keseluruhan jangkitan kini 2,156,678 kes sejak pandemik Covid-19 melanda negara tahun lalu, kata KP Kesihatan dr Noor Hisham Abdullah.– Gambar fail The Malaysian Insight, 23 September, 2021.

KES baharu Covid-19 dalam negara terus catat penurunan dengan 13,754 kes dilaporkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan menerusi perkongsian di Facebook berkata jumlah keseluruhan jangkitan kini 2,156,678 kes sejak pandemik Covid-19 melanda negara tahun lalu.

Selangor mendahului dengan 1,985 kes, diikuti Johor (1,913), Sarawak (1,766) dan Sabah (1,629).

Perlis mencatatkan rekod kes baharu angka harian dengan 113 kes berbanding 97 semalam.

Sementara itu, seramai 18,964,474 individu atau 81% daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Kementerian Kesihatan menerusi laman web CovidNow memaklumkan setakat semalam juga sebanyak 93.3% atau 21,847,551 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

KKM juga berkata setakat ini sebanyak 41,247,271 dos sudah diberi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang dilancarkan pada 24 Februari. – 23 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen