KHAIRY Jamaludin mesti menjelaskan berapa lama masa diperlukan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menyelesaikan kes tunggakan kematian Covid-19, kata Lim Kit Siang hari ini.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata demikian ketika kementerian melaporkan 487 kematian baharu akibat Covid-19 pada malam tadi, di mana 480 kematian adalah kes tertunggak.
Sejak seminggu lalu, kementerian melaporkan lebih banyak kematian tertunggah setiap hari berbanding jumlah kematian harian sebenar.
“Sudahkah kita menyelesaikan tunggakan kematian di hospital, dan jika tidak, sampai bila tunggakan kes akan diselesaikan?” kata veteran DAP itu.
Tunggakan laporan kematian adalah kematian yang baharu saja disahkan oleh pihak kesihatan kerana Covid-19.
Lim juga berkata Khairy mesti menjelaskan mengapa Malaysia mempunyai angka kematian Covid-19 terburuk dan juga kes kematian Covid-19 di luar hospital terburuk semalam sejak beliau dilantik sebagai menteri kesihatan baharu pada 30 Ogos.
Semalam, daripada 487 kematian Covid-19 yang dilaporkan, 161 adalah kes kematian di luar hospital.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian Covid-19 kini berjumlah 24,565, dengan 4,809 adalah kematian di luar hospital.
“Daripada melihat cahaya di hujung terowong dengan pelantikan Khairy sebagai menteri kesihatan baharu, cahaya itu nampaknya sudah hilang,” kata Lim. – 23 September, 2021.
Berita penuh di sini
Komen