Jumlah kes Covid-19 yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) menurun sedikit hari ini kepada 1,115 berbanding 1,117 semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Daripada 1,115 kes berkenaan, 882 disahkan Covid-19 manakala 233 kes yang disyaki.
618 daripadanya, yang terdiri daripada 393 pesakit Covid-19 dan 255 kes yang disyaki memerlukan alat bantuan pernafasan.
Selain itu, jumlah kes sembuh mengatasi kes jangkitan baharu selepas 19,702 orang sembuh berbanding 14,990 kes jangkitan baharu.
Hanya lima daripada kes jangkitan baharu hari ini adalah kes import.
Majoriti kes hari ini atau 14,652 adalah dalam kategori 1 (tidak bergejala) atau kategori 2 (bergejala ringan) manakala 338 adalah dalam kategori 3, 4 dan 5.
Dr Noor Hisham juga berkata sebanyak 26 kluster baharu turut direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster kepada 1,306.– 22 September, 2021.
Komen