14,990 kes baharu Covid-19 hari ini, kata KP kesihatan


Noel Achariam

KKM hari ini melaporkan 14,990 kes baharu Covid-19.– Gambar fail The Malaysian Insight, 22 September, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan melaporkan 14,990 kes baharu Covid-19, dengan tujuh negeri merekodkan lebih 1,000 kes, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara kini naik kepada 2,142,924 kes, menurut ketua pengarah kesihatan dalam kenyataan hari ini.

Selangor kembali mendahului dengan 2,414 kes, diikuti Johor (1,880 kes) dan Sarawak (1,712).

Awal hari ini, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan lebih 18.78 juta atau 80.2% penduduk dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Menerusi perkongsian di Twitter, JKJAV berkata setakat semalam juga 93.2% atau 21,813,163 individu dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian, sebanyak 261,255 dos suntikan vaksin diberikan semalam, membabitkan 123,414 dos pertama dan 137,841 dos kedua.

Ia menjadikan sebanyak 40,925,929 dos vaksin Covid-19 telah diberi menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sehingga kini, kata JKJAV. – 22 September, 2021. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen