MENTERI Kesihatan Brazil, Marcelo Queiroga diuji positif Covid-19 pada Selasa selepas menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York yang dirasmikan oleh presidennya, Jair Bolsonaro, menurut satu kenyataan rasmi.
“Anggota perwakilan lain menjalani ujian dan didapati negatif,” kata siaran akhbar rasmi kerajaan Brazil.
Queiroga, yang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19, adalah anggota kedua rombongan Bolsonaro yang positif virus tersebut sejak tiba di New York untuk perhimpunan PBB.
Menteri kesihatan berusia 55 tahun itu akan tinggal di AS sepanjang tempoh kuarantin, walaupun delegasi lain sudah kembali ke Brazil.
Bolsonaro, yang muncul tanpa memakai pelitup muka beberapa acara sepanjang lawatan, belum mendapatkan vaksin dan mengulangi beliau akan menjadi “rakyat Brazil” terakhir yang menerima vaksin itu.
Queiroga bersama Bolsonaro, yang tahun lalu selamat daripada virus, hadir pada beberapa acara termasuk pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada Isnin.
Beliau dalam keadaan baik, menurut kenyataan itu. Beliau menulis di Twitter ketika di samping mematuhi semua protokol keselamatan kesihatan, kementerian akan terus mengambil tindakan tegas untuk menangani wabak di Brazil.
Bolsonaro menimbulkan kekecohan di media sosial selepas tersebar fotonya tidak mengamalkan langkah berjaga-jaga terhadap penularan ketika berada di sekitar orang lain dalam perwakilannya, apabila beliau makan sepotong pizza dari seorang penjual jalanan di New York.
Menteri kesihatan adalah satu-satunya individu yang memakai pelitup muka dalam foto itu tetapi menariknya di bawah dagu.
Cara Bolsonaro menangani wabak menjadi kontroversi, beliau membuka Perhimpunan Agung dengan ucapan kenyataan mengelirukan atau tidak tepat terutama berkaitan wabak itu. – AFP, 22 September, 2021.
Komen