Guan Eng pertahan pajakan tanah RM156 juta untuk peluasan hopsital


Looi Sue-Chern

Pekerjaan juga perlu dicipta supaya rakyat mampu membeli rumah, kata Guan Eng.– Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Mei, 2017.

PULAU Pinang mempertahankan pajakan tanah bernilai RM156 juta yang dilakukan secara rundingan terus, mengatakan ia adalah kurang 1% daripada RM35 bilion yang dijana melalui tender terbuka sejak 2008.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan kerajaan negeri untuk memajak 2.58 hektar tanah Lebuhraya Peel kepada Hospital Penang Island adalah kurang daripada satu peratus jumlah tender terbuka.

“Dibandingkan dengan penjualan tanah untuk pelaburan berjumlah RM2 bilion oleh Hospital Island untuk membina hospital swasta terbesar Malaysia dan nilai ekonomi bernjumlah RM7 bilion yang akan dijana projek itu,” katanya kepada wartawan di bilik mesyuarat dewan undangan Pulau Pinang hari ini.

Pembangunan Island Medical City akan menyaksikan Hospital Island yang mempunyai 300 katil akan berkembang menjadi kemudahan perubatan dengan 1,000 katil.

Hospital itu mensasarkan pelancong perubatan selaras dengan matlamat kerajaan negeri untuk menjadi destinasi utama pelancongan perubatan.

Lim menyifatkan projek itu sebagai “pengubah padang permainan ekonomi” dengan nilai tinggi pelaburan, pembentukan pekerjaan, mengubah masalah kekurangan pekerja mahir dan kemampuan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai bandar perubatan.

“Untuk pengubah padang ekonomi, rundingan terus ialah norma antarabangsa. Ia seperti menarik Ikea untuk datang ke Batu Kawan…terpulang kepada mereka untuk meletakkan terma, bukan kita.

“Perdana Menteri Najib Razak pun pergi berjumpa Jack Ma. Dia meletakkan syarat,” kata Lim, merujuk kepada orang terkaya di China dan pengasas syarikat Internet yang berjaya Alibaba.

Lim menjawab soalan mengapa kerajaan negeri tidak melakukan tender terbuka untuk tanah yang dimilik Perbadanan Ketua Menteri itu.

Dia juga berkata kerajaan Pulau Pinang Pakatan Harapan menjual tanah pada kadar 36 kali kurang berbanding kerajaan pimpinan Barisan Nasional sebelum ini, tetapi memperolehi lebih pendapatan melalui sistem tender terbuka yang lebih kompetitif.

BN menjual 1,481.5 hektar tanah di Tanjung Tokong, Jelutong, Batu Kawan dan Butterworth sejak awal 1990-an sehingga 2008 bernilai RM1.0586 bilion.

Di bawah kepimpinan PH, Pulau Pinang menjual 43 hektar tanah di Taman Manggis dan Bayan Mutiara melalui sistem tender terbuka dan memperolehi RM1.11 bilion.

Wujud juga kritikan yang kerajaan negeri sepatutnya menggunakan tanah Lebuhraya Peel untuk kediaman mampu milik.

Lim berkata yang kediaman mampu milik perlu dibina di tempat rakyat mudah mendapatkan pekerjaan.

Tambahnya lagi, adalah tidak benar yang Pulau Pinang tidak membina kediaman mampu milik, kerana negeri itu membina lebih daripada 26,255 unit kediaman mampu milik dan 20,887 rumah kos rendah dan sederhana.

“Tetapi anda tak boleh hanya bina rumah tanpa membina industri…atau dalam kes ini, sebuah hospital yang boleh menawarkan pekerjaan. Di mana anda hendak cari orang yang hendak beli rumah?

“ Anda akan ada masalah, seperti di sesetengah negeri, bila rumah kosong- dibeli orang untuk spekulasi, dan bukan untuk tinggal.

“Kita perlu membentuk pekerjaan di luar bandar serta dalam bandar. Itu ialah tanggungjawab utama kerajaan negeri,” katanya. – 19 Mei, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen