Angka kematian Covid-19 cecah 24,000 kes


Sebanyak 334 kematian baharu Covid-19 dilaporkan setakat semalam menjadikan angka kematian keseluruhan mencecah 24,078 kes. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 September, 2021.

ANGKA kematian Covid-19 kini mencecah 24,078 selepas 334 kematian baharu dilaporkan pada 11.59 malam semalam, menurut data Kementerian Kesihatan.

Empat adalah kematian sebenar yang berlaku semalam, sementara baki 330 kematian adalah kes tertunggak yang tidak dilaporkan sebelum ini, menurut data dari portal kementerian Git.hub.

Sementara itu, seramai 84 orang dilaporkan meninggal dunia di luar hospital. 

Selangor melaporkan jumlah kematian tertinggi semalam dengan 187 kes, meningkat daripada 130 orang pada hari sebelumnya. Daripada 187 kes, 55 orang meninggal dunia di luar hospital.

Negeri lain yang melaporkan kematian baharu adalah Johor (37), Kelantan (20), Pulau Pinang (7), Sabah (14), Perak (12), Kuala Lumpur (18), Sarawak (10), Kedah (8) Pahang (7), Terengganu (6), Melaka (3) dan Negeri Sembilan (5)

Dari semua negeri, hanya Johor dan Pahang yang melaporkan kematian sebenar semalam masing-masing dengan satu serta tiga kes, sementara jumlah dari negeri lain adalah kes tertunggak.

Labuan, Putrajaya dan Perlis tidak melaporkan sebarang kematian. 

Selangor melaporkan 187 kematian, yang menunjukkan peningkatan berbanding 130  kes pada hari sebelumnya dan 55 daripadanya dinyatakan meninggal dunia di luar hospital.

Johor mencatat 37 kematian, Kelantan (20), Kuala Lumpur (18), Sabah (14), Perak (12), Sarawak (10), Kedah (8) Pahang (7), Pulau Pinang (7), Terengganu (6), Melaka (3) dan Negeri Sembilan (5).

Hanya Johor dan Pahang yang melaporkan kematian semalam masing-masing dengan satu dan tiga kes.

Labuan, Putrajaya dan Perlis tidak melaporkan sebarang kematian.

Purata kematian adalah 6.2 kematian setiap 100,000 penduduk. Purata kematian tertinggi dicatatkan di Pulau Pinang iaitu 16 kematian setiap 100,000 penduduk.

Sementara itu, 15,759 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam dengan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 2,127,934.

Menurut laman web CovidNow, terdapat 206.473 kes aktif di negara ini, dengan 172.868 pesakit dikuarantin di rumah, 21.890 di pusat kuarantin berisiko rendah, dan 105.999 di hospital.

Daripada jumlah itu, 1,116 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU),  635 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. – 22 September, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen